Malaysia Education Aspiration Movement
Perjalanan membawa perubahan
MEAM percaya bahawa setiap insan berhak diberi peluang untuk belajar, berkembang dan berdiri dengan kemampuan sendiri. Melalui ekosistem sosio-pendidikan yang inklusif, kami membuka jalan kepada golongan sasar untuk memperoleh pendidikan, membina kemahiran dan mencipta kehidupan yang lebih mandiri, bermaruah serta penuh harapan.
Rekod impak 2022–2024
tindakan yang telus dan boleh diukur
hati
01 · SIAPA KAMI
Kami percaya pendidikan mampu mengubah arah sebuah kehidupan.
Kami hadir bukan kerana mereka tidak mampu, tetapi kerana kami percaya mereka mampu. Yang diperlukan hanyalah peluang untuk belajar, ruang untuk berkembang dan sokongan untuk melangkah lebih jauh. Pendidikan menjadi jalan agar mereka dapat bersaing dengan lebih baik, membina masa depan dan akhirnya berdiri dengan kemampuan sendiri.
Terokai pendekatan kami ↗02 · LAPORAN PRESTASI 2022–2024
Kesan yang boleh kita lihat bersama.
03 · EMPAT ASPIRASI
Daripada pendidikan kepada kehidupan mandiri.
Empat aspirasi ini membentuk pendekatan menyeluruh MEAM dalam menyokong individu, keluarga dan komuniti.
Sosio-Pendidikan
Menyediakan peluang pendidikan untuk golongan sasar memperoleh pengetahuan dan kemahiran.
↗Kesihatan
Menyediakan akses kepada kemudahan kesihatan fizikal, emosi dan mental.
↗Pembangunan Ekonomi
Bimbingan dan kemahiran untuk menjana pendapatan serta mengurangkan kebergantungan.
↗Bantuan Kemanusiaan
Menyediakan bantuan segera kepada golongan sasar yang berkeperluan dan berkelayakan.
↗GOLONGAN SASAR
MENYOKONG MATLAMAT SDG
KEMPEN PILIHAN
Pilih kebaikan yang anda mahu gerakkan.
MEAM · SELANGOR
Set Alat Tulis, Sejuta Senyuman
Bantu 200 kanak-kanak memulakan sesi persekolahan dengan kelengkapan dan keyakinan baharu.
MEAM · LAHAD DATU, SABAH
PROJEK SABAH 2.0
Bantuan penyediaan fasiliti dan pembinaan tandas di Sekolah Alternatif Al-Amin Centre untuk manfaat 200 orang anak-anak miskin tegar, B40, kanak-kanak tanpa dokumen
SUMBANGAN BULANAN
Sedikit setiap hari. Harapan sepanjang tahun.
Anda boleh menyumbang RM1 sehari secara potongan bulanan melalui kad debit atau kredit.
Mula menyumbang Potongan bulanan melalui kad debit atau kredit di portal sumbangan MEAM.mencipta perubahan
RAKAN STRATEGIK KAMI
05 · SERTAI GERAKAN
Kemanusiaan memerlukan lebih ramai yang sanggup bertindak.
Daftar minat sebagai sukarelawan dan kami akan hubungi anda apabila peluang yang sesuai tersedia.
Daftar akaun sukarelawan
Selepas mendaftar, sahkan e-mel dan lengkapkan profil anda untuk semakan MEAM.